Monday, November 3, 2008

VISI & MISI


Falsafah Sekolah Berasrama Penuh

Pendidikan di Sekolah Berasrama Penuh adalah suatu usaha berterusan bagi menyediakan suasana persekolahan dan pembelajaran yang terancang, terkawal dan sempurna untuk memupuk dan memperkembangkan kebolehan pelajar-pelajar yang berpotensi ke arah kesemerlangan sebagai insan dan warganegara yang seimbang dan bertanggungjawab terhadap tuntutan agama, bangsa dan negara.

Visi Sekolah

Menjadi pusat kecemerlangan pendidikan yang terunggul di Malaysia

Misi Sekolah

Mewujudkan iklim pendidikan yang kondusif dan gemilang bagi melahirkan ahli sains, teknokrat dan profesional yang mempunyai kecemerlangan ilmu, kemapanan sahsiah, kesejagatan kepimpinan dan kejituan patriotisme yang berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.


Piagam Pelanggan



MURID
  • Memberi pendidikan yang berkualiti mengikut kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia dan Sekolah Berasrama Penuh
  • Melaksanakan pengajaran, pembelajaran, pentaksiran dan penilaian secara berkesan mengikut standard kualiti yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • Mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif, harmoni, kasih sayang dan mesra kepada semua murid.
  • Memastikan kebajikan dan keselamatan murid dititikberatkan pada setiap masa.
  • Melaksanakan kegiatan kokurikulum secara berkesan sehingga mencapai matlamat yang ditetapkan melalui aktiviti yang terancang.
  • Memastikan murid yang berbakat diberi bimbingan dan galakan sepenuhnya sehingga mencapai peringkat tertinggi dalam bidang kokurikulum.
  • Memastikan kemapanan sahsiah semua murid.








IBU BAPA
  • Memberi maklum balas sewajarnya kepada ibu bapa dan penjaga terhadap semua maklumat berkaitan anak-anak mereka dalam tempoh satu hingga tiga hari.
  • Memastikan ibu bapa dan penjaga yang berurusan di kaunter mendapat layanan mesra dan diselesaikan dalam masa 30 minit.
  • Mesyuarat AJK Persatuan Ibu Bapa dan Guru dan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru dijalankan mengikut ketetapan Kementerian Pelajaran Malaysia.









STAF
  • Memastikan semua tindakan berkaitan perkhidmatan setiap guru dan kakitangan diproses mengikut prosedur dan peraturan yang ditetapkan.
  • Memastikan setiap guru dan kakitangan dilayan secara adil dan saksama.
  • Mematuhi segala arahan dan dasar yang telah ditetapkan.
  • Memastikan semua permohonan keperluan pengajaran guru diberi respon/ diambil tindakan tidak lebih daripada tiga hari.








PIHAK BERKEPENTINGAN
  • Memastikan setiap arahan dan permohonan daripada Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia mendapat maklum balas dalam tempoh satu hingga tujuh hari mengikut keutamaan
  • Memastikan sentiasa memberikan kerjasama kepada agensiagensi lain yang berkaitan untuk memajukan pendidikan
SOURCE

No comments: