Wednesday, November 5, 2008

SAMPEL BAJU REUNION


ok geng...ni aku ade letak sampel baju kt cni...i think it sucks...lol....sape2 ade cadangan psl baju bleh forwardkan kt aku...amat2 dialukan....bajet xbyk so stakat ni ni la baju dgn bajet yg ade...spe2 yg bleh wat lgi elok dgn bajet yg ade, amatlah dialu2kan utk berikan cadangan....

Monday, November 3, 2008

REUNION UPDATE

A massage from EDA

salam..
sahabat2ku sekalian..
sila "confirm"kn kehadiran korang..
jasa baik kalian amat diperlukan..
(selewat2nya, 04/11/2008)

Tempat : KEMBARA BEACH RESORT, MERANG
Tarikh : 19,20 & 21 DISEMBER 2008

plz be sure to update urself...lol....TQ

HISTORY IN MAKING

BISMILLAH..



Finally, the sixers will meet again at our first reunion ever..We've choose
Kembara Beach Resort, Merang Terengganu as the first place for the reunion..For more info, sixers can contact


firza 017-9701324
eda 019-9024734
kie 019-3499211
e-jie 012-9387071
syam 012-9769890



all queries regarding the plan of the reunion, foward it to us via phones @ emails...TQ..

KEMBARA BEACH RESORT LINK

THE SIXERS

LOGO SEKOLAH




Bentuk Tetikus

Melambangkan era IT dan globalisasi bersesuaian dengan matlamat SBP yang menjurus ke arah sekolah bestari.

Buku

Sumber rujukan khazanah ilmu yang menjadi tonggak utama ke arah kecemerlangan.

Simbol Elektron dan Gear

Melambangkan bidang sains dan teknologi yang menjadi fokus utama sekolah ini yang didokong oleh 14 buah negeri di Malaysia.

Mortarboard dan Skrol

Kejayaan yang menjadi matlamat utama pelajar sekolah ini

Bunga Alamanda

Bunga negeri Terengganu Darul Iman

Warna Biru

Warna rasmi Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu yang melambangkan sikap positif terhadap ilmu dan pengamalannya sepanjang hayat

Warna Kuning

Melambangkan kemapanan sahsiah pelajar, berdedikasi, berdisiplin, jujur, amanah dan berhemah tinggi

Warna merah

Melambangkan guru sebagai pemimpin yang mempunyai visi dan misi yang jelas untuk melahirkan pelajar yang tegas, berani dan bijaksana


Bendera Sekolah

PENGURUSAN




SOURCE

VISI & MISI


Falsafah Sekolah Berasrama Penuh

Pendidikan di Sekolah Berasrama Penuh adalah suatu usaha berterusan bagi menyediakan suasana persekolahan dan pembelajaran yang terancang, terkawal dan sempurna untuk memupuk dan memperkembangkan kebolehan pelajar-pelajar yang berpotensi ke arah kesemerlangan sebagai insan dan warganegara yang seimbang dan bertanggungjawab terhadap tuntutan agama, bangsa dan negara.

Visi Sekolah

Menjadi pusat kecemerlangan pendidikan yang terunggul di Malaysia

Misi Sekolah

Mewujudkan iklim pendidikan yang kondusif dan gemilang bagi melahirkan ahli sains, teknokrat dan profesional yang mempunyai kecemerlangan ilmu, kemapanan sahsiah, kesejagatan kepimpinan dan kejituan patriotisme yang berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.


Piagam Pelanggan



MURID
  • Memberi pendidikan yang berkualiti mengikut kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia dan Sekolah Berasrama Penuh
  • Melaksanakan pengajaran, pembelajaran, pentaksiran dan penilaian secara berkesan mengikut standard kualiti yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • Mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif, harmoni, kasih sayang dan mesra kepada semua murid.
  • Memastikan kebajikan dan keselamatan murid dititikberatkan pada setiap masa.
  • Melaksanakan kegiatan kokurikulum secara berkesan sehingga mencapai matlamat yang ditetapkan melalui aktiviti yang terancang.
  • Memastikan murid yang berbakat diberi bimbingan dan galakan sepenuhnya sehingga mencapai peringkat tertinggi dalam bidang kokurikulum.
  • Memastikan kemapanan sahsiah semua murid.








IBU BAPA
  • Memberi maklum balas sewajarnya kepada ibu bapa dan penjaga terhadap semua maklumat berkaitan anak-anak mereka dalam tempoh satu hingga tiga hari.
  • Memastikan ibu bapa dan penjaga yang berurusan di kaunter mendapat layanan mesra dan diselesaikan dalam masa 30 minit.
  • Mesyuarat AJK Persatuan Ibu Bapa dan Guru dan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru dijalankan mengikut ketetapan Kementerian Pelajaran Malaysia.









STAF
  • Memastikan semua tindakan berkaitan perkhidmatan setiap guru dan kakitangan diproses mengikut prosedur dan peraturan yang ditetapkan.
  • Memastikan setiap guru dan kakitangan dilayan secara adil dan saksama.
  • Mematuhi segala arahan dan dasar yang telah ditetapkan.
  • Memastikan semua permohonan keperluan pengajaran guru diberi respon/ diambil tindakan tidak lebih daripada tiga hari.








PIHAK BERKEPENTINGAN
  • Memastikan setiap arahan dan permohonan daripada Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia mendapat maklum balas dalam tempoh satu hingga tujuh hari mengikut keutamaan
  • Memastikan sentiasa memberikan kerjasama kepada agensiagensi lain yang berkaitan untuk memajukan pendidikan
SOURCE

SEJARAH SESTER





SM Sains Kuala Terengganu (SESTER) merupakan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) ke-35 yang ditubuhkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini dibuka pada 16 Julai 2000, mengambil alih tapak Maktab Perguruan Pasir Panjang yang terletak di Jalan Pasir Panjang, Kuala Terengganu dan di atas tapak seluas 9.5 ekar.


Sekolah ini dirintis oleh 124 orang pelajar yang terdiri daripada 80 orang pelajar tingkatan empat dan 44 orang pelajar tingkatan enam rendah. Sekolah dipimpin oleh pengetua perintis Tuan Haji Mohamad bin Abdullah bersama-sama 23 orang guru.

Pelajar kumpulan pertama ini mengambil peperiksaan SPM dan STPM pada tahun 2001. Mulai tahun 2002 nama SESTER mulai terserlah, gah sebagai salah sebuah sekolah cemerlang dalam kalangan SBP dan negara. Keputusan SPM 2002 meletakkan SESTER tempat kelima terbaik SBP, manakala keputusan 2003, SESTER dinobatkan sebagai sekolah kedua terbaik SBP dan ketiga terbaik negara dengan gred purata 1.62.

Mulai tahun 2004, kelas tingkatan enam telah ditutup dan sekolah ini hanya membuka peluang kepada pelajar yang mengambil SPM sahaja untuk disesuaikan dengan keperluan semasa bagi memberi lebih banyak tempat kepada pelajar cemerlang PMR yang semakin meningkat.

SOURCE